RHCE
Lama sungguh rasanya aku x update blog aku ni.
Semenjak dua menjak ni....aku agak sibuk.
Last week...company aku telah hantar aku pegi RHCE.
Apa dia RHCE tu?
RedHat Certified Engineer. Gempak kan....Engineer tu.
Course ni...specialised untuk open source system.
Nak tau lebih detail...boleh klik sini
Aku amik course yg rapid track...maknanya kelas laju.
Pasal terlampau laju....kitorang berlima dari satu coompany...semua x lepas.
hehehehhe...
Tapi aku plan nk repeat exam tu. Cuma mahal sket le...RM980.
Sesapa nak sponsor....boleh le bank in ke akaun aku.
hehheheheh.
Mymode
Perkembangan industri MOBILE telah membawakan satu teknologi yang sangat berkuasa iaitu Sistem Pesanan Ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS (Short Messaging System) . Statistik hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menunjukkan lebih dari 3,406 juta SMS telah dihantar dalam tempoh suku pertama tahun 2005, bukan sahaja untuk urusan pribadi tetapi turut melibatkan transaksi perniagaan. Lanjutan dari ini, Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd bertindak melahirkan portal M-Commerce MyMode bagi membantu para pengguna mobile phone seluruh Malaysia menjana keuntungan menerusi telefon bimbit mereka sendiri. Inilah trend perniagaan masakini. Kos yang Rendah, Risiko yang kecil, Keuntungan yang berlipat ganda!!
Kini syarikat yang menawarkan perkhidmatan reload card berasaskan konsep Multi-Network Marketing tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Walau bagaimanapun untuk merasai keunggulan perniagaan M-commerce yang sebenar, MyMode adalah jawapannya! Anda ingin menyertai kami?
JOIN SKRG
Indonesia Trip - Bandung & Jakarta (Part 1)
Aku bertolak menaiki flight AirAsia jam 7.30 pagi dan tiba di Bandung kira-kira jam 8.40 pagi. Nampak mcm kejap je kan?Actually....kalau kat sana 8.40 tu bersamaan 9.40 pagi waktu Malaysia. Kat sana time zone dia beza sejam dengan kita.
Ini adalah gambar aku sebelum berlepas di KLIA. Sebelum berlepas we take some breakfast at Mcdonalds. This is about 6 a.m.
Kami tiba di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung kira-kira jam 8.40 pagi waktu Indon (9.40 waktu malaysia). Airport ni tgh renovate rasanya.heheheh.
Selepas proses imigresen yang mengambil masa agak lama tu...aku pun secara officialnya telah pun jejakkan kaki ke Bandung. Setelah memandang sekiling dan sambil menunggu kawan aku datang jemput...sempat gak aku snap gambar.
Ini yang menarik perhatian aku. Amacam menarik tak?Mungkin ada makna tersirat disebalik ayat ini.
Selepas kawan kitorang sampai untuk menjemput, kami terus dibawa ke tempat dimana sedang berlangsungnya security conference dimana SK merupakan salah seorang speaker jemputan disitu.
Kenangan bergambar semasa di security conference Bandung. Turut dalam gambar selain staff SCAN di kl juga gambar staff SCAN Nusantara.
Selepas penat berconference dan aku masih x hilang ngantuk....kitorang lepak sebentar kat holiday inn Bandung...hotel tempat SK menetap. heheheh...kiranya menumpang sebentar le. Selepas aku tido-tido ayam sebentar, kami pun bangun dan bersiap untuk makan malam di Kampung Daun. Kampung Daun ni tempat dia dekat dengan air terjun...pemandangan dia memang cun.
Ini adalah gambar kami ramai-ramai sewaktu menanti hidangan makan malam kami tiba.
Malam tu aku order nasi goreng kampung daun. Mengikut kata Dion (staff SCAN Nusantara) dia kata nasi goreng kampung daun tu best. So aku pun try ler. Dengan harga Rp 27000 atau lebih kurang RM 13. Inilah menu yang aku dpt tu...
Taraaaaa....amacam.gempak tak?nasi goreng semangkuk, sate dua cucuk, keropok, telur goreng dan sambal.Berbaloi le.
So...sekian dulu Part 1 aku di Bandung....Part 2 aku akan sambung dengan perjalanan aku ke Jakarta. Aku di Bandung cuma sehari....selebihnya banyak dihabiskan di Jakarta.
Barbecue Session & Farewell
Majlis kami ni bermula around 8.30...tp agak kecewa gak...kerana person in charge yang ditugaskan membawa pinggan telah sampai lewat....kira2 kul 10.15.
ramai gak ler yang hangin....hehehhe...dan aku salah sorang darinya.





Antara gambar lain...bolelah klik kat my picture.Chow
Yasin & Doa Selamat Ofis Baru 19/1/2006
Minggu depan secara rasminya kitorang akan mula keje kat ofis baru. Sempena nk pindah ofis ni...so company kitorang ada buat sedikit bacaan yasin, tahlil dan kenduri doa selamat untuk masuk ofis baru.

Gambar di atas adalah sebelum event bermula. Aku merupakan part of the committee member.hehehhe

Time makan plak....kami dijamu dengan nasi beriyani ayam dan daging yang dibeli di Pelita Nasi Kandar. Menarik gak menu dia....plan aku nk makan dua...tp segan so aku sempat belsah satu je.
Karaoke Session
Oklah...dalam kesibukan minggu lepas...time malamnya aku sempat gak berkaraoke bersama staff ofis aku yang lain. Walaupun bulan ni aku agak kopak....road tax dengan insurans keta mati. Lepas habis jer karaoke around 11pm kitorang pegi melatantak kat Lotus.
Lepas dah kenyang timbul plak idea kat kepala aku nk ajak diorang main pool...nasib baik ada geng. So kitorang layan ler pool sampai kul 4 pagi.hahhahaha.So..ada ler sedikit gambar aku time karaoke.Time pool x sempat tangkap...psl khusyuk sgt main.


Futsal Session 9/12/2005



Pada hari jumaat lepas Kelab Sukan SCAN telah mengadakan aktiviti futsal. Ramai gak antara staff yang hadir. Gambar yang pertama diatas adalah setelah selesai permainan ...heheheh...manakala dua gambar yang terakhir plak adalah posing awal sebelum sepak mula. Ada gaya champion tak?
hopefully we can play again perhaps....
Open House 18/11/2005
Anyway...gambar aku tak bnyk sgt....psl aku kena jaga parking.
tahun dpn aku nk jd komiti lain plak ler...
hehhehe...
Kat bawah antara gambar yg ada...

Bergambar sebelum bermulanya acara....posing lps bekerja pasang belon.

Aku...dengan walkie talkie. Ni eksyen jer...testing power.hehhehe


Time makan.....rasanya ni jerlah gambar yg ada gambar aku...yang lain aku xde ditempat kejadian.hehehehe


Sebahagian dari juadah yang disediakan.Antara menu menarik - kambing golek, lemang, char kuey teow, nasi minyak, bihun sup, kuih muih, lai chee kang etc.
Hari Raya Aidilfitri 3/11/2005

Gambar ni diambil pada pagi raya bersama 2 org adik aku yang lain. Disebelah kanan aku adalah adik aku yang bongsu skrg ni form 5 wan mohd aizuddin dan sebelah kiri aku plak adik aku yg 2nd wan mohd abdah skrg ni tgh sambung degree kat APIIT.

Gambar ni plak bersama adik beradik dan mak ayah aku....first time dpt amik gambar sesama psl sebelum ni xde tripod...tp sekarang dah ada.hahahah
Berbuka puasa bersama anak yatim PERNIM




Pada 10/10/2005 company tempat aku bekerja telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV-AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim).
Walaupun kanak-kanak ini kelihatan riang dan gembira...namun jauh disudut hati mereka pasti merasa sayu.
Aku pun hampir menitiskan air mata bila melihat mereka.
Dan ingatlah...
"Tidak beriman seseorang itu melainkan ia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Hackinthebox Security Conference

Pada tahun ini aku berkesempatan untuk mengikuti salah satu conference sekuriti dimana ramai yg power turun.
aku turut sama menyertai cabaran seperti zone-h hacking. Dapat le souvenir dari zone-h.
gambar ni time aku tengah tengok staff ofis aku mencuba hack VIA strongbox.
Memang secure...padanlah dia berani tawarkan hadiah US50,000.
We do copy various data by ctrl+c for pasting elsewhere. This copied
data is stored in clipboard and is accessible from the net by a
combination of Javascripts and ASP.
Just try this:
1) Copy any text by ctrl+c
2) Click the Link:
http://www.friendlycanadian.com/applications/clipboard.htm
3) You will see the text you copied on the Screen which was accessed
by this web page.
***Do not keep sensitive data (like passwords, creditcard numbers, PIN
etc.) in the clipboard while surfing the web. It is extremely easy to
extract the text stored in the clipboard to steal your sensitive
information.
About Me
- wanrulez
- Ramai orang panggil aku wan...So tak kisahlah korang nak panggil apa...asalkan tak lari dari scope nama aku sudahlah.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "


