Indonesia Trip - Bandung & Jakarta (Part 1)

Pada 18/2 hingga 22/2 aku telah merantau ke Indonesia atau lebih spesifiknya Bandung dan Jakarta. Kisahnya bermula begini.
Aku bertolak menaiki flight AirAsia jam 7.30 pagi dan tiba di Bandung kira-kira jam 8.40 pagi. Nampak mcm kejap je kan?Actually....kalau kat sana 8.40 tu bersamaan 9.40 pagi waktu Malaysia. Kat sana time zone dia beza sejam dengan kita.

Ini adalah gambar aku sebelum berlepas di KLIA. Sebelum berlepas we take some breakfast at Mcdonalds. This is about 6 a.m.


Kami tiba di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung kira-kira jam 8.40 pagi waktu Indon (9.40 waktu malaysia). Airport ni tgh renovate rasanya.heheheh.

Selepas proses imigresen yang mengambil masa agak lama tu...aku pun secara officialnya telah pun jejakkan kaki ke Bandung. Setelah memandang sekiling dan sambil menunggu kawan aku datang jemput...sempat gak aku snap gambar.

Ini yang menarik perhatian aku. Amacam menarik tak?Mungkin ada makna tersirat disebalik ayat ini.



Selepas kawan kitorang sampai untuk menjemput, kami terus dibawa ke tempat dimana sedang berlangsungnya security conference dimana SK merupakan salah seorang speaker jemputan disitu.


Kenangan bergambar semasa di security conference Bandung. Turut dalam gambar selain staff SCAN di kl juga gambar staff SCAN Nusantara.

Selepas penat berconference dan aku masih x hilang ngantuk....kitorang lepak sebentar kat holiday inn Bandung...hotel tempat SK menetap. heheheh...kiranya menumpang sebentar le. Selepas aku tido-tido ayam sebentar, kami pun bangun dan bersiap untuk makan malam di Kampung Daun. Kampung Daun ni tempat dia dekat dengan air terjun...pemandangan dia memang cun.

Ini adalah gambar kami ramai-ramai sewaktu menanti hidangan makan malam kami tiba.



Malam tu aku order nasi goreng kampung daun. Mengikut kata Dion (staff SCAN Nusantara) dia kata nasi goreng kampung daun tu best. So aku pun try ler. Dengan harga Rp 27000 atau lebih kurang RM 13. Inilah menu yang aku dpt tu...

Taraaaaa....amacam.gempak tak?nasi goreng semangkuk, sate dua cucuk, keropok, telur goreng dan sambal.Berbaloi le.


So...sekian dulu Part 1 aku di Bandung....Part 2 aku akan sambung dengan perjalanan aku ke Jakarta. Aku di Bandung cuma sehari....selebihnya banyak dihabiskan di Jakarta.

1 comments:

Mandiri Holidays said...

kalau nak melawat kat bukittinggi - Sumatera Barat - indonesia, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp./ Fax : + 62 752 32999
SMS: +62 81363408670
email / YM : muhibbahbkt@yahoo.com

Kat Bukittinggi : boleh melawat kat : Lubang Jepun, Sianok Canyon, Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Aur Kuning ( Pusat Borong telekung,songkok,tudung dengan harga murah )

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers